Duhai kamu yang tercipta dari tulang rusukku….
Di belahan Bumi manapun kamu berada. Bagiku kau bunga, tak mampu aku
samakanmu dengan bunga terindah sekalipun. Bagiku manusia adalah makhluk
yang terindah, tersempurna, dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu. Jangan pernah biarkan aku
menatapmu penuh, kerana ia akan membuatkanku mengingatmu. Bererti
memenuhkan kepalaku dengan menginginkanmu.
Berimbas pada
tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku. Membuatku inginkanmu
sepenuh hati, seluruh jiwa, sesemangat mentari…
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh Lumpur. Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci.
Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tidak berhujung. Ada
ingin tetapi tiada henti. Menyentuhmu merupakan ingin diri, meski ujung
penutupmu pun tak berani kusentuh. Jangan pernah kalah dengan mimpi dan
inginku kerana sucimu kau pertaruhkan.
Mungkin kau tak peduli.
Tetapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah. Dan
tidak lebih dari wanita biasa. Jangan pernah kau tatapku penuh. Bahkan
tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku. Bukan kerana aku terlalu
indah, tapi kerana aku seorang yang masih kotor.
Aku biasa
memakai topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutra
emas. Meniru gaya para ustaz, meskipun hatiku lebih kotor dari lumpur.
Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kau tergugat.
Kerana
kau hanya manusia – hanya wanita. Berilah sepenuh diri kepada lelaki
suci yang dengan sepenuh hati membawamu ke hadapan Tuhanmu.
Tunggulah lelaki itu menjemputmu, dalam rangkaian khitbah dan akad yang
indah. Atau kejarlah sang lelaki suci itu, kerana itu adalah hakmu,
seperti dicontohkan oleh Khadijah. Janganlah ada ragu, janganlah ada
malu, semua telah terukir di dalam kitab suci.
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas. Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu,
mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tiada sampai kau mati….
Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di dunia
fana saat ini. Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang
kau bangun dengan segala kekhusyukkan tangis doamu. Pilihan Allah tidak
selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya.
Tiada yang lebih
baik dari pilihan Allah. Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang
terpilih itu, melainkan pada jalan yang kau pilih, seperti kisah seorang
wanita suci di masa lalu yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar
pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada
keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi. Kekasih tempat
kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi
kita.
Sumber asal: Andhika Al-Banjari Mtp.
Semoga Bermanfaat Ya
Kamis, 10 Oktober 2013
Langganan:
Posting Komentar (Atom)








0 komentar:
Posting Komentar